Thursday, May 3, 2012

Maafkanku Sahabat

Maafkanku wahai sahabat-sahabatku.. Adakala, lidah terlalu tajam mengguris, adakala mulut terlalu ringan menutur, maafku wahai sahabat sekirany ada kata-kataku yang telah mengguris anda. Bukan niatku, tetapi sememangnya sukar untuk hanya menuturkan hanya perkara-perkara yang betul-betul bermanfaat. Sekali lagi, ribuan kemaafan dipohon, andai ada kesilapan yang telah aku lakukan, mungkin, adakala, aku sentiasa memikirkan anda sama sepertiku, tidak begitu ambil kisah dengan perkara-perkara kecil, dan menganggapnya sebagai gurauan. Tetapi, aku memahami, setiap orang berbeza, sekiranya ada yang mengguris perasaan, maafkan aku. Aku hanya manusia biasa, yang pastinya akan melakukan kesalahan, tegurlah jika aku melakukan kesalahan, agar aku mampu memperbetulkannya. Janganlah memperkatakannya di belakang ku, kerana ia tidak bermakna apa-apa bagiku, tegurlah, kerana aku senantiasa ingin berubah untuk menjadi yang lebih baik..

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin