Tuesday, January 3, 2012

Apakah langkah yang selamat untuk ibubapa untuk merawat anak mereka yang batuk dan selsema?

Untuk melegakan hidung yang tersumbat (stuffy nose), ibubapa boleh menggunakan ubat titik yang mengandungi saline saja. Titikkan ke dalam hidung anak sebanyak satu atau dua titik untuk melonggarkan dan menanggalkan mukus yang pekat atau kering. Saya juga kadang kala menyarankan kepada ibubapa agar menyedut saja mucuos (lendir) yang menyumbati hidung anak dengan menggunakan mulut. Selepas disedut, lendir itu bolehlah dibuang. Untuk menghilangkan batuk di kalangan kanak-kanak yang berumur lebih dua tahun boleh berikan air suam atau boleh mencuba berikan setengah sudu madu. Bagi kanak-kanak berumur dua tahun hingga sebelas tahun, dos madu yang dicadangkan ialah satu sudu. Madu dan air suam juga boleh melonggarkan lendir yang berada di tekak. Namun bagi kanak-kanak yang berumur dua tahun ke bawah, penggunaan madu dan air suam tidak digalakkan. Demam boleh dirawat dengan memberikan ubat panadol atau paracetamol yang boleh didapati dari farmasi. Namun haruslah mengikut preskripsi yang ditetapkan oleh doktor atau ahli farmasi. Menggunakan teknik tapid sponging juga dapat membantu menurunkan suhu badan. Caranya ialah membasahkan tuala kecil dan letakkan di dahi dan celah ketiak kanak-kanak. Ada juga ibubapa yang mengadu tentang kahak yang sukar dibuang. Ianya terlalu banyak menyebab batuk berbunyi seolah-olah asthma. Doktor akan memastikan kanak-kanak ini tidak menghidap asthma. Saya selalu mencadangkan kanak-kanak yang lebih besar agar menggunakan teknik menghidu wap menthol. Caranya ialah dengan menggunakan air suam dan letakkan sedikit vick menthol ke dalam air yang suam. Tutupkan kepala kanak-kanak itu dengan tuala agar wap dari vick menthol itu boleh dihidu perlahan-lahan ke dalam dadanya. Tepukkan perlahan-lahan belakang dada kanak-kanak itu agar kahak yang longgar dapat dibatukkan dan dikeluarkan. Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (300910)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin