Thursday, October 25, 2012

Nasi Lemak Kukus

Bahan:- (6 - 8 orang)
5 cawan beras - (4 cawan beras biasa + 1/2 cawan beras wangi)
2 biji pati santan- (kurang lebih 1000 ml, tengok jenis beras gak la ya)
3 helai daun pandan
Garam secukup rasa
Cara Memasak:-
Didihkan air dalam pengukus. Basuh beras dan kukus dalam pengukus selama 20 minit atau beras separuh masak. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sekurang-kurangnya 3-4 jam supaya beras memanjang 2 kali ganda.(*akak rendam 2 jam jek)
Tukar air selalu jika perlu penyejukan lebih cepat (*akak tukar 3 kali air). Setelah itu, kukus semula beras yang telah memanjang tadi hingga masak atau lebih kurang 15 minit.
Keluarkan nasi yang telah masak dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk dalam beras.
Akhir sekali, kukus lagi sekali bersama daun pandan hingga nasi kelihatan berderai, cantik dan santan yang terserap tadi masak.
Tambahan: Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak serata. Sekiranya hendak makan pada pagi, kukus dan rendam pada waktu malam sebelum. Lebih lama rendam, lebih panjang beras. Nasi lemak kukus ini lebih sedap dari yang ditanak biasa dan lebih untung kerana tiada kerak.

Wednesday, October 17, 2012

Blessed

The colourful balls which i wanted to throw had been collected by another mummy.
tq for collecting ya.
hope ur kiddos enjoyed the balls hees

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin